Selamat datang ke laman web kami. Kami berharap dengan laman web ini, anda dapat memupuk minat untuk mengunjungi ke negeri bersejarah Malaysia, iaitu negeri Melaka. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan dengan aktiviti pelancongan di dalam Malaysia, sila hubungi kami di sini. Sebarang pertanyaan akan dijawab dengan segera.
Pengenalan kepada negeri Melaka:
Negeri Melaka (Tulisan Jawi: ملاك; juga dikenali sebagai Melaka Negeri Bersejarah atau Negeri Hang Tuah). Pada tahun 2008 Melaka diisytiharkan oleh UNESCO sebagai Bandar Warisan Dunia (World Heritage). Negeri Melaka juga diisytiharkan sebagai 'Melaka Maju' pada 20.10.2010 pada jam 20:10 di Stadium Hang Jebat yang disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia langsung dari Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur. Melaka juga dinyatakan sebagai Negeri Bandar Teknologi Hijau.
Sektor pelancongan dan pembuatan adalah sektor utama dalam menjana ekonomi negeri. Melaka telah mengamalkan slogan "Melawat Melaka Bererti Melawat Malaysia". Melaka kaya dengan tempat-tempat yang menarik dan bersejarah.
Melaka juga terkenal untuk makanan, terutamanya gaya masakan Baba dan Nyonya yang terdirinya daripada gaya masakan Cina dan Melayu. Kebanyakan hidangannya adalah pedas dan berempah.
Bendera negeri Melaka:
Lambang negeri Melaka:
Melaka Negeri Bersejarah:
![]() |
Gereja St Francis Xavier |
Bandar Melaka |
Istana Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka |
St. John's Fort |