Jonker Street
Baba Nyonya, peminat barangan antik serta mereka yang ingin mendalami kehidupan keturunan Baba dan Nyonya tidak boleh terlepas peluang untuk melawat ke Jonker Street. Untuk merasai kemeriahan Jonker Street, datang pada malam Sabtu dan malam minggu kerana terdapat pasar malam yang sangat meriah. Di sini juga terdapat hotel-hotel berkonsep kehidupan Baba dan Nyonya yang boleh dicuba dan makanan popular keturunan Baba dan Nyonya seperti Ayam Pong Teh, Itek Tim dan juga Nyonya Laksa.
Artifak asli yang berumur sehingga 300 tahun yang lalu boleh dijumpai disamping barang-barang antik yang lain, setiap satu mempunyai sejarah dan misterinya yang tersendiri. Jalan ini dahulunya dikenali sebagai Jalan Jonker dan dikenali di seluruh dunia sebagai salah satu tempat yang terbaik untuk mencari dan membeli barang-barang antik.